FAQ

1. Apakah jenis sumbangan endowmen yang boleh disumbang/derma kepada UTM?

Jenis/Sifat Sumbangan/Derma

a) “Endowed” –  Sumbangan dilaburkan dan hanya pulangan pelaburan diguna dan dimanfaatkan.

b) “Expendable” – Sumbangan yang ditetapkan oleh penyumbang untuk diguna dan dimanfaatkan sehingga habis tanpa perlu dilaburkan.

c) “Restricted” – Penyumbang menetapkan penggunaan sumbangan secara khusus.

d) “Unrestricted” – Penyumbang tidak menetapkan penggunaan sumbangan secara khusus dan kebebasan Fakulti dalam pengunaannya.

2.  Bagaimanakah sumbangan Endowmen UTM diuruskan?

Pelaburan Dana

Semua dana bersifat “endowed” yang disumbangkan kepada tabung ini akan dilaburkan di dalam institusi patuh syariah oleh Unit Endowmen dengan kerjasama Unit Pelaburan, Pejabat Bendahari.

Bagi sumbangan bersifat “expendable”, dana yang belum dipakai akan dilaburkan untuk mendapat pulangan tambahan.

3. Adakah sumbangan endowmen yang sumbangkan digunakan untuk tujuan pembangunan UTM?

Sumbangan kepada Endowmen Fakulti (Gunahabis – Expendable) sama ada oleh badan korporat, staf dan pelajar atau invididu akan digunakan untuk pelbagai aktivti pembangunan dan akademik.

Sumbangan kepada Endowmen Merdeka (Endowed) akan dikumpulkan dan akan dilaburkan di dalam institusi patuh syariah. Hanya hasil hibah sebanyak 90% akan digunakan untuk membantu pelajar  sarjana muda UTM dalam bentuk biasiswa dan 10% diagihkan untuk pengurusan Endowmen UTM.  

4.  Selain dari wang tunai, apakah jenis sumbangan boleh diberikan kepada Endowmen UTM?

Endowmen UTM menerima juga sumbangan dalam bentuk bukan tunai antaranya tanah, rumah, kenderaan untuk diberikan kepada Tabung Endowmen UTM.

Endowmen UTM menerima kepakaran bagi mengendalikan latihan, kursus, produk, perundingan, penerbitan buku, video, dan lain-lain kemahiran bagi menjana dana endowmen.

5.  Apakah perbezaan di antara Endowmen UTM dan Wakaf Pendidikan UTM?

Endowmen UTM diuruskan dari segi pengurusan, perancangan, pelaksanaan, kawalan serta pentadbiran endowmen oleh Unit Endowmen UTM sepenuhnya.  Hasil pelaburan perbankan patuh syariah digunakan untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan iaitu sebanyak 90% dan 10% pengurusan endowmen.

Manakala Wakaf Pendidikan diuruskan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor.  Hasil pelaburan patuh syariah akan digunakan untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan  sebanyak 30% dan 50%  dilaburkan semula, 10 % untuk pengurusan wakaf UTM dan 10% Jabatan Agama Islam Johor.

6.  Adakah pelajar antarabangsa  boleh memohon/menerima bantuan Tabung Endowmen UTM?

Pihak Lembaga Pengarah UTM telah meluluskan penubuhan Tabung Endowmen Pelajar Antarabangsa (International Endowmen Fund) bagi membantu pelajar antarabangsa UTM yang menghadapi masalah kewangan antaranya,  untuk membayar sebahagian bayaran yuran tahun akhir pengajian bagi membolehkan membuat viva-voce, menyediakan tesis, dan lain-lain yang diluluskan oleh pihak Universiti. 

Penyumbang Tabung Endowmen Pelajar Antarabangsa adalah dialu-alukan yang terdiri daripada pelajar antarabangsa, alumni antarabangsa UTM, syarikat antarabangsa, individu, badan korporat, philantrofi, dan lain-lain.

7.  Bagaimana cara untuk menyumbang ke Tabung Endowmen UTM?

Sumbangan tunai atau cek hendaklah dibayar melalui Akaun Ambank Islamic Berhad – No. Akaun: 8881 0209 83100  Bayar atas Nama: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Sila nyatakan hasrat atau tujuan derma sumbangan untuk memudahkan pengeluaran dan penghantaran resit rasmi kepada para penyumbang.

Sila emelkan slip bayaran kepada endowmen@utm.my

6.  Bagaimanakah cara penghargai penyumbang?

Unit Endowmen memberi penghargaam dalam bentuk, 1. Surat Penghargaan 2. cenderahati – kalender tahunan, sampul duit raya.

Sekiranya jumlah melebihi RM50,000 dicadangkan menamakan ruang yang kenalpasti di UTM seperti Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah. Untuk keterangan lanjut sila layari https://endowmen.utm.my/sponsoring-package/

Updated 26 April 2019