Director’s Message

Assalamualaikum warahmahtullahiwabarakaatuh,

Salam Sejahtera, Salam UTM Sanjungan Bangsa, Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu Endowmen UTM mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua pelajar baharu UTM bagi Semester I Sesi 2023/2024.  Syabas dan Tahniah! kerana memilih UTM sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian anda.

Saya mewakili Endowmen UTM ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya staf, pelajar dan alumni UTM yang telah bermurah hati untuk menderma ke tabung Endowmen sama da secara tunai ataupun melalui potongan gaji.  Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada individu dan syarikat di luar UTM yang telah menderma ke Tabung Endowmen UTM. Secara umumnya, semua bentuk sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membantu pelajar UTM sama ada dalam bentuk biasiswa atau bantuan untuk membeli keperluan harian.

Endowmen UTM terus komited untuk menambah jumlah dana sedia ada bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan, terutama dengan mengambilkira lebih kurang 50 peratus pelajar UTM adalah datang dari keluarga yang kurang berkemampuan (B40).  Berdasarkan dana yang berjaya dikumpulkan sehingga Disember 2023, Endowmen telah memberikan biasiswa kepada 771 pelajar kepada pelbagai program pengajian, fakulti, sekolah dan kaum serta memberi bantuan kewangan kepada  pelajar yang menghadapi masalah kewangan, serta sumbagan kewangan bagi menjayakan “Almari Kasih Sayang”.

UTM telah menerima sumbangan lebih RM 7.0 juta daripada para alumni UTM daripada jumlah terkumpul keseluruhan Endowmen berjumlah lebih RM146 juta. Melalui Endowmen UTM, sebanyak RM27.2  juta juta telah dimanfaatkan kepada 771 orang siswa/siswi dalam bentuk pemberian biasiswa sejak 2011. Pembiayaan Biasiswa Endowmen UTM bergantung kepada jumlah hibah pelaburan yang diperolehi pada setiap tahun. Lebih banyak sumbangan yang diterima ke Tabung Endowmen UTM makan lebih banyak pelajar UTM akan menerima menfaat. Sehingga kini, sebanyak 351 penerima biasisiwa Endowmen UTM telah berjaya menamatkan pengajian.  Pembiayaan Biasiswa Endowmen UTM iaitu Biasiswa Merdeka UTM (RM20,096,850), Biasiswa Endowmen Azman Hashim UTM (RM1,908,000), Biasiswa Endowmen  Al-Bukhary (RM594,183,000), Biasiswa Endowmen UTMAlumni (RM366,000), Biasiswa Endowmen Daing Abdul Rahman Daing Mohamad (RM72,000), dan Biasiswa Endowmen Hitam Abdullah (RM72,000), Biasiswa Endowmen Saripah Ahmad (RM18,000), Biasiswa Endowmen Zainab Baba (RM18,000).

Pada sesi 2023/2024 sebanyak 86 Biasiswa Endowmen UTM ditawarkan kepada pelajar Cemerlang dan Bottom 40 serta Kecemeragan Sukan dengan nilai biasiswa antara RM12 ribu hingga RM9 ribu setahun. Endowmen UTM menyalurkan bantuan kepada lebih 600 orang pelajar B40 dalam bentuk sumbangan bantuan kewangan sambutan perayaan utama negara antaranya Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Perayaan hari Deepavali, Perayaan Krismas, dan sumbangan suspended meal, bantuan one-off, dan lain-lain. Sehingga kini lebih 350 orang penerima Biasiswa Endowmen UTM telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan bergraduan. Tahniah! Diucapkan. Diharapkan penerima Biasiswa endowmen dapat menyumbang kepada Tabung Endowmen Merdeka UTM bagi membantu pelajar yang amat memerlukan bantuan kewangan.

Adalah diharapkan budaya menyumbang menjadi semakin menyubur dengan lebih banyak pihak menyumbang ke Tabung Kewangan.   Semoga sumbangan para penderma sentiasa diberkati Allah SWT dan memperolehi ganjaran daripadaNya.

“MALAYSIA MADANI”

“KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA”

Saya yang menjalankan amanah,

PROF. MADYA TS. GS. DR. ROBIAH BINTI HJ SURATMAN
Pengarah Endowmen
robiah@utm.my