STAF UNIT ENDOWMEN
Unit Endowmen UTM adalah di bawah struktur Bahagian Pemajuan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia. Unit ini mempunyai tujuh (7) orang staf yang diketuai oleh Pengarah Endowmen dan staf kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksanan (PPP) terdiri daripada Timbalan Pendaftar (1), Penolong Pegawai Tabdir (2), Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) (2) dan Pembantu Operasi (1).
FUNGSI
- Membuat perancangan tentang inisiatif atau aktiviti yang menjana Tabung Endowmen UTM.
- Membuat perancangan tentang kegunaan tabung-tabung endowmen (Biasiswa/Kursi Profesor/Penyelidikan,dan lain-lain).
- Melaksanakan promosi dan aktiviti berkaitan penjanaan dana endowmen.
- Menguruskan kewangan bagi sumbangan, perbelanjaan dan pelaburan tabung-tabung endowmen.
- Mengambil tindakan faedah yang boleh diberikan kepada penyumbang/penderma Tabung Endowmen antaranya penamaan ruang. makmal, bangunan, bilik seminar, bilik kuliah, bangunan kediaman pelajar dan lain-lain aset.
- Menguruskan penyampaian ucapan terima kepada para penyumbang/penderma ke tabung Ednowmen UTM.
- Menyediakan laporan tabung-tabung di bawah kawalan Endowmen.
PENGURUSAN
Jawatankuasa di bawah Unit Endowmen UTM:
- Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen
- Jawatankuasa Pengurusan Endowmen
- Jawatankuasa Endowmen Universiti
- Jawatankuasa Pemandu Kursi Iskandar Malaysia @ UTM