PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA WALK-IN

LAMAN SESAWANG UTMeBID https://bida.utm.my/

Cara Pembelian

  1. Pembeli boleh datang ke Pejabat Unit Endowmen, Bahagian Pemajuan, Jabatan TNCP, Aras 4 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim , UTM Johor Bahru
  2. Pembeli hanya menghubungi terus urusetia, di talian 07-5531043 / HP: 019-7270158 (Baharudin) / whatapps dengan menyertakan salinan KP depan belakang, slip bank/sijil pndaftaan syarikat yang beralamat/penama, bukti pembayaran, emel address, salinan kad staf/pelajar/salinan diploma/ijazah UTM.
  3. Surat dan resit akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan lengkap dihantar kepada Urusetia endowmen@utm.my / whatApps 0197270158.
  4. Tempoh sah pembelian nombor pendaftaran adalah selama setahun. Pendaftaran boleh dibuat 7 hari dari tarikh kelulusan di JPJ Taman Daya Johor Baharu atau JPJ wangsa Maju KL sahaja.
  5. Pendaftaran segera nombor pendaftaran hendaklah dimaklumkan kepada pihak urusetia, Unit Endowmen UTM.

TAWARAN BIDAAN SEBELUM INI – TAMAT

PEMAKLUMAN PEMBIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN KHAS ’UTM’ SIRI 3 – 26.2.2020 HINGGA 02.03.2020

Dimaklumkan bahawa proses bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas ’UTM’ Siri 3 secara atas talian melalui laman sesawang https://bida.utm.my akan dibuka mulai 26 Februari 2020 dan tamat pada 02 Mac 2020  11:59 malam.

Staf, alumni, pelajar dan juga masyarakat luar agar dapat mengambil peluang untuk membida nombor kenderaan khas “UTM” dan unik sambil menyumbang ke Tabung Endowmen UTM bagi membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki nombor khas “UTM”

Keputusan bidaan akan dimaklumkan menerusi emel yang didaftarkan dalam sistem bidaan UTMeBid mulai pada 04 Mac 2020. Surat keputusan berjaya boleh dimuat turun melalui laman sesawang  https://bida.utm.my. Sila log-in dan semak bidaan semasa.

Bagi Pihak Pengurusan UTM, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian semua pembida yang akan membuat pembidaan nombor pendaftaran kenderaan Khas ‘UTM’.

Syabas dan Tahniah kepada yang berjaya membida nombor unik ini.

Sekian, terima kasih.

Unit Endowmen, Bahagian Pemajuan
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
UTM Johor Bahru.
Tel: 07-5531042/43   HP: 012-772 1037 (Prof Madya Dr. Yusof) / 019-727 0158 (Baharudin) Emel: endowmen@utm.my

REBUT PELUANG, ZAHIRKAN KEBANGGAAN